comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis sedang mengesan lelaki kencing di tempat letak kereta

Foto Fail

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membuang air kecil di tempat letak kereta sebuah pasaraya, dekat Subang Jaya, 16 November lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, lelaki berkenaan telah dikenalpasti.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat

“Kami telah menerima satu laporan daripada pengadu yang juga anggota Polis USJ8 pada jam 9.55 malam pada 19 November lalu.

“Pengadu telah melihat satu rakaman video yang tular berdurasi 50 saat berkenaan yang mendapati seorang lelaki sedang kencing di tiang tempat letak kereta sebuah pasaraya,” katanya.

Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 16 November. Suspek disyaki seorang lelaki yang memakai baju hitam dan seluar pendek kelabu kencing di lokasi itu sebelum beredar ke arah kenderaannya jenis Mazda bewarna biru.

“Dalam rakaman terbabit, terdapat di antara perakam dengan suspek yang mengatakan terdapat tandas dan suspek hanya menjawab minta maaf seterusnya beredar.

“Kes diklafisikasikan sebagai kelakuan aib di bawah Seksyen 14 Akta kesalahan kesalahan kecil 1955 (Akta 336).

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib dan kegusaran kepada orang awam,” katanya.

Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis di talian 03-78627100 atau pegawai penyiasat Inspektor Norhishamuddin Hamdan di talian
010-2494819. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini