Tumpuan :
Nasional

Polis Sarawak hantar kertas cadangan wujud lokap berpusat

Oleh: Kadir Edison 

PADAWAN: Polis Sarawak akan menghantar pemohonan dan kertas cadangan kepada Bukit Aman bagi usaha untuk mewujudkan Pusat tahanan Sementara atau lokap berpusat di negeri itu.

Cadangan itu antara penambahbaikan kemudahan yang diperlukan oleh pihak polis negeri berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kewujudan lokap terbabit juga berupaya mengelakkan kejadian tahanan melarikan diri ketika berada di lokap polis berulang.

“Kita bercadang untuk menghantar pemohonan ke Bukit Aman  untuk mengadakan lokap berpusat di Sarawak dan kita dalam proses tindakan.

” Sebagai permulaan lokap berpusat terbabit akan dibangunkan di Kuching terlebih dahulu sebagai projek perintis sebelum ia diperluaskan ke bahagian-bahagian lain di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas menghadiri taklimat operasi mengesan dua tahanan yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah di sini hari ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, dua tahanan warga Indonesia masing-masing berusia 21 dan 31 tahun melarikan diri ketika berada dalam tahanan lokap di Balai Polis Tapah, Padawan.

Kedua-dua suspek terbabit sebelum ini ditahan dan disiasat dibawah Sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen pada 7 Jun lalu oleh sepasukan polis dari Balai Polis Kota Sentosa sebelum ditempatkan di lokap balai polis terbabit.

Loading...
Terkini