comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis sahkan kematian mangsa kedua keropok beracun


KULIM: Polis mengesahkan seorang lagi mangsa yang memakan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar Ahad lalu meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kanak-kanak berusia dua tahun itu meninggal dunia pada jam 1.20 petang hari ini di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau berkata, jenazah kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk dibedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas makan keropok yang mengandungi racun tikus yang dipasang di dawar pagar dan bertujuan untuk mengusir kera liar di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Ahad lalu.

Muhammad Akil Syauqi, 3, dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, yang mengalami muntah dan menggelupur selain mulut berbuih dihantar ke Klinik Kesihatan Malau oleh ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, dengan bantuan jiran mereka sebelum dipindahkan ke Hospital Kulim.

Bagaimanapun, mereka kemudian dihantar ke HPP selepas kritikal.

Abang mangsa Muhammad Akil Syauqi, 3, disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling.

Seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai pemilik kebun ditahan polis Rabu lalu dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan.

Loading...
Terkini