comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis sahkan kandungan bom di bangunan MOTAC palsu


PUTRAJAYA: Polis mengesahkan ancaman bom di bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini petang tadi adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata Unit Pengesahan Bom (UPB) telah selesai membuat pemeriksaan ke atas bom palsu yang hampir menyerupai ‘hoax’ itu.

Katanya, siasatan mendapati objek bom menyerupai kategori ‘hoax’ itu mengandungi batang pvc dan jangka masa.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada Menteri MOTEC, Datuk Seri Tiong King Sing pada jam 3.21 petang menyatakan terdapat satu bungkusan yang dihantar oleh pihak kurier pada jam 11.19 pagi tadi di lobi kementerian itu.

Katanya, pada jam 2.45 petang bungkusan berkenaan dibawa naik ke tingkat 14 dan selepas dibuka mendapati kotak itu mengandungi paip pvc dan dawai disyaki bom.

“Pihak UPB dikejarkan ke bangunan itu bersama anjing pengesan dan selepas pemeriksaan rapi dibuat kandungan bom itu didapati palsu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum itu media melaporkan, kakitangan dan pelawat yang hadir di MOTAC diarah untuk mengosongkan bangunan sekitar jam 3.40 petang susulan ancaman bom di tingkat 14 bangunan tersebut.

Pemeriksaan itu dilakukan 10 anggota UPB dengan dibantu oleh dua ekor anjing pengesan dan 25 anggota polis di tingkat bawah bangunan itu bagi mengawal keselamatan.

A Asmadi berkata bungkusanitu dihantar kepada menteri oleh sebuah syarikat kurier beralamat di Sungai Buloh, Selangor dan dihantar oleh seorang lelaki.

Menurutnya, penghantar barangan itu turut mengoncang kotak bungkusan itu dan polis akan jalankan siasatan dari semua sudut untuk pastikan pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang mendatangkan ugutan.

“Selepas pemeriksaan rapi dibuat bangunan ini disahkan selamat dan meminta pihak pengurusan dan polis meningkatkan keselamatan di bangunan ini,” katanya.

Dalam pada itu A Asmadi menasihatkan pihak kementerian agar meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) terhadap apa juga bungkusan yang dihantar kepada menteri.

Katanya, polis akan meneruskan siasatan dan beberapa keterangan sudah diambil hari ini.

Polis memohon kerjasama daripada individu yang mempunyai maklumat bagi membantu siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi dalam insiden ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini