Tumpuan :
Nasional

Polis Rakam Keterangan Rakan Zalina Azman

Oleh: Salina Zakaria

SHAH ALAM: Polis mengesahkan mengambil keterangan daripada kenalan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang ada bertemunya Julai tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim individu berkenaan dipanggil susulan orang terakhir bertemunya sebelum dilaporkan hilang.

Dalam satu kenyataan ringkas, ACP Mohd Iqbal memaklumkan dalam keterangan berkenaan individu berkenaan memaklumkan Zalina dalam keadaan sihat ketika pertemuan antara mereka.

“Orang terakhir itu adalah rakan kenalan sahaja dan bukan ahli keluarga atau pekerja binaan”.

“Keterangan diambil 16 Ogos lalu serta kali terakhir individu itu bertemu dengan Zalina pada Julai tahun lalu,” katanya.

Hasil siasatan juga mendapati kenalan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehilangan Zalina dan setakat ini polis tiada perkembangan terbaharu membabitkan bekas pembaca berita TV3 itu.

Zalina Shaharah Azman,58 dilaporkan hilang oleh anak lelakinya pada 29 November tahun lalu selepas gagal menghubunginya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim (kiri)
Loading...
Terkini