![](https://media.buletintv3.my/2022/10/GEN-POLIS-JENAYAH-LOGO-PDRM-6.jpg)
SUNGAI BULOH: Polis telah merakam percakapan tiga individu, susulan penularan video yang memaparkan beberapa individu berpakaian rasmi hampir menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, setakat ini, tiga orang sudah dipanggil bagi merakam percakapan.
“Kertas siasatan dijangka dilengkapkan Jumaat minggu depan dan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
“Kita juga sudah menghantar e-mel ke Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini untuk menyemak bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung penularan video yang memaparkan beberapa individu berpakaian rasmi hampir menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.