Tumpuan :
Nasional

Polis percaya budak mungkin panjat mesin basuh sebelum terjatuh ke dalam 

IPOH: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh pakaian di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, sebelum disahkan meninggal dunia, semalam, mungkin memanjat mesin basuh terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata, kanak-kanak autism itu turut dipercayai terjatuh ke dalam mesin basuh berkenaan ketika ia sedang beroperasi.

“Masih dalam siasatan sama ada mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) autism terjatuh ke dalam mesin itu semasa memanjatnya. Namun kami percaya memang macam itu.

“Semasa kejadian terdapat pakaian yang sedang dicuci dalam mesin jenis pintu atas itu, namun sewaktu kanak-kanak berkenaan dijumpai oleh neneknya mesin basuh berkenaan sudah berhenti beroperasi” katanya.

Menurutnya, semasa kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, ahli keluarganya yang lain, selain daripada nenek mangsa sedang tidur.

Katanya, mangsa yang dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumahnya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) diberikan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR) oleh petugas perubatan, namun disahkan meninggal dunia di hospital itu, jam 11.02 pagi semalam.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik HRPB semalam mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).

Siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini