comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis pantau 7 kumpulan ajaran sesat 

KUALA LUMPUR: Tujuh kumpulan ajaran sesat kini dalam pemantauan polis.

Tujuh kumpulan itu ialah Tarikat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Millah Abraham@Ibrahim, Ajaran Suhaini@Sihulk, Nur Mutiara Mutmainnah (NMM) atau  The Ahmadi Religion of Peace and Light.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata sepanjang tahun 2022-2023 sebanyak 51 laporan polis direkodkan berhubung aktiviti kumpulan ajaran sesat atau menyeleweng.

“Bagi tempoh berkenaan, 23 tangkapan sudah dilakukan PDRM dan agensi berkaitan ke atas pemimpin dan pengikut ajaran sesat dan menyeleweng.

“Jumlah tangkapan ini membabitkan Terekat Habib Shah sebanyak 20 tangkapan dan masing-masing satu tangkapan bagi ajaran Ilmu Akhir zaman, Nur Mutiara Makrifatullah (NMM) dan Ajaran Suhaini @ Sihulk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Razarudin berkata, PDRM memandang serius penyebaran ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.

“Pemantauan rapi dijalankan dalam perkara ini bagi memastikan tiada penganut atau pengamal ajaran sesat yang melangkaui garisan keselamatan.

“Pemantauan rapi dijalankan dalam perkara ini bagi memastikan tiada penganut atau pengamal ajaran sesat yang melangkaui garisan keselamatan,” katanya.

Kata beliau, PDRM akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi mengikut peruntka Kanun Keseksaan dan Multimedia 1998 sekiranya terdapat penganut atau pengamal ajaran sesat membuat tindakan yang boleh mendatangkan kegusaran awam, suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan yang boleh mendatangkan mudarat tahap keselamatan.

Loading...
Terkini