comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis panggil Howard beri keterangan esok kes tafsir sendiri al-Quran

Foto: NSTP

IPOH: Polis akan merakam keterangan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How esok bagi membantu siasatan kes membabitkan dakwaan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat suci al-Quran.

Perkara itu disahkan Howard ketika dihubungi sambil menyatakan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Pihak polis telah menghubungi saya, dan saya akan memberikan kenyataan pada tengah hari Selasa ini di Ipoh,” katanya melalui aplikasi WhatsApp, di sini.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

Pada Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya akan merekod keterangan Howard dalam masa terdekat dengan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman.

Sebelum itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata laporan asal atau laporan pertama kes berkenaan dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, manakala badan bukan kerajaan iaitu Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak turut membuat laporan pada Khamis lalu.

Laporan itu dibuat kerana Howard didakwa menyentuh isu 3R (agama, institusi diraja dan kaum).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini