comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis nafi dakwaan barangan milik Nidza Afham hilang 

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan terdapat barangan milik Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang dikatakan hilang seperti mana tular di media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan daripada keluarga mangsa.

“Polis Kontinjen Selangor sahkan tiada kehilangan barang kepunyaan arwah Muhammad Nidza Afham seperti mana yang tular di media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak betul yang mana tidak pasti kesahihannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Hussein, polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan sebarang spekulasi atau komen melampau.

Kelmarin, mayat penyanyi dan Youtubers berusia 23 tahun itu ditemui di Sungai Klang kira-kira jam 7.30 petang selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu ketika keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman Klang seorang diri.

Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Setakat ini, bedah siasat ke atas mayat Allahyarham diputuskan sebagai ‘Pending Laboratory Investigation’ (menunggu laporan lengkap makmal).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini