comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis musnahkan bom lama di Tampin

Polis memusnahkan bom lama yang ditemui di sebuah kilang di Tampin pagi tadi. Foto Ihsan Polis

SEREMBAN: Sebutir bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di kilang Heveaboard Industrial Park, Batu 3, Gemas di sini, dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, hari ini.

Ketua Polis Tampin, Amiruddien Sariman, berkata pihaknya menerima laporan pada 8.09 pagi tadi mengenai penemuan objek menyerupai bom di kilang berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, pasukan dari IPD Tampin mendapati ada objek berkenaan lalu memasang tali rintangan sebagai kawasan larangan dan bahaya sebelum memaklumkan kepada IPK Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati UXO (unexploded ordnance) adalah jenis mortar 60mm dan panjangnya berukuran 35cm.

“Tindakan pemusnahan dilakukan kira-kira 11.45 pagi tadi oleh UPB dan IPD Tampin. Tempat kejadian itu merupakan bahagian proses pengasingan kayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kerja memusnahkan bom itu dilakukan tanpa sebarang kecederaan, kerosakan harta benda mahu pun kehilangan nyawa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini