comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis minta bantuan awam cari Fakaruddin

Fakaruddin Ab Aziz, 50, dilaporkan gagal dihubungi keluarga selepas dihantar ke LRT Sungai Besi pada 25 Mei lalu. – FOTO: NSTP/Ihsan Polis

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sungai Besi di sini, pada 25 Mei lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan, berkata laporan kehilangan Fakaruddin Ab Aziz, 50, dibuat oleh seorang kakaknya pada 17 Julai lalu selepas dia gagal dihubungi.

“Pada 25 Mei lalu, seorang saudara orang hilang (OH) menghantar OH ke LRT Sungai Besi dan sejak itu, dia tidak dapat dihubungi.

“OH yang masih bujang dikatakan tinggal menyewa di Bangsar namun keluarga tidak mengetahui alamat kediamannya,” katanya.

Sehubungan itu, katanya pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan keberadaan Fakaruddin untuk tampil membantu mengesan lelaki itu.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Tarmizi Saadon Zulbaik di talian 013-5982781, atau Balai Polis Sungai Besi di talian 03-90582222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini