Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis masih siasat kes kematian anak perempuan KPD Lahad Datu


KUALA LUMPUR: Polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu yang ditemukan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kakak mangsa berusia 16 tahun adalah satu-satunya individu yang menemui remaja perempuan berusia 14 tahun berkenaan.

“Polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa adalah satu-satunya individu yang menemui adiknya itu terbaring di dalam bilik berkenaan selepas pulang dari sekolah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – Foto fail

“Ketika kejadian, bapa mangsa pula berada di Kinabatangan, Sabah, atas urusan perpindahan rumah kerana baru berpindah selepas dinaikkan pangkat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, proses bedah siasat akan dijalankan jam 9 pagi esok dan pihaknya kini sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi contohnya mangsa tertembak diri sendiri atau sebagainya selagi siasatan belum disiapkan,” katanya.

Pada 1 April lalu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail dilantik menjadi KPD Lahad Datu menggantikan Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad yang sebelum ini menyandang jawatan itu sejak November 2020.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini