comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Marin rampas lori berisi rokok RM1.5 juta

 

TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor di Tumpat merampas rokok seludup dianggarkan bernilai RM1.5 juta hasil serbuan Op Kontraban.

Serbuan 5.50 pagi Ahad lalu itu dijalankan terhadap lori yang ditinggalkan di tepi jeti nelayan selepas pemandunya melarikan diri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan itu susulan risikan dan maklumat yang diperoleh.

“Ketika serbuan, suspek melarikan diri dan gagal dikesan, manakala pemeriksaan terhadap lori ditinggalkan menemukan sejumlah kotak mengandungi rokok putih.

“Rokok bernilai RM1,575,000 serta tidak bercukai itu disyaki diseludup dari negara jiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kenderaan dan rokok di bawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam.

Loading...
Terkini