comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Kuching terima dua laporan ancaman bom palsu di sekolah

KUCHING: Polis menerima dua laporan ancaman bom palsu di daerah hari ini yang diterima pihak sekolah melalui emel.

Ketua Polis Daearah Kuching Asisten Komisner (ACP) Asmon Bajah berkata, emel ancaman bom itu dihantar ke dua sekolah iaitu satu sekolah Kebangsaan dan satu lagi sekolah antarabangsa.

Katanya, sebaik sahaja laporan terbabit diterima, tindakan mengosongkan bangunan sekolah dilakukan segera sebagai lagkah keselamatan.

” IPD Kuching dengan kerjasama pihak sekolah yang terlibat telah segera mengambil tindakan mengosongkan premis-premis terlibat demi keselamatan Pengunsian pelajar ke tempat selamat.

” Tindakan pembersihan keselamatan bom telah dijalankan secara rapi telah dilakukan oleh elemen-elemen PDRM disemua lokasi terlibat namun tiada sebarang ancaman di kesan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati emel ancaman terbabit adalah palsu selain tiada bukti kewujudan risiko di lokasi sekolah terlibat seperti yang didakwa.

Bagaimanapun katanya, polis dengan kerjasama pengurusan sekolah terus mengambil langkah-langkah keselamatan serta memaksimumkan liputan keselamatan di sekolah terlibat serta sekolah-sekolah lain di sekitar Kuching.

“Kita juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran awam berhubung kes tersebut,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini