comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Kluang selamatkan ibu berpantang, bayi berusia tiga minggu terperangkap banjir

KLUANG: Polis Kluang berjaya menyelamatkan sebuah keluarga termasuk seorang wanita sedang berpantang tiga minggu bersama bayinya yang terperangkap dalam banjir di Kampung Parit Jepun, Ulu Benut, Simpang Renggam di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, wanita dan bayinya termasuk seorang wanita warga emas telah berjaya dipindahkan dari kediaman mereka oleh pasukan bot dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada jam 2.45 petang tadi.

“Kita menerima maklumat sebuah keluarga terperangkap dalam rumah iaitu seorang wanita yang baru bersalin berusia 22 tahun dan bayinya.

““Turut diselamatkan seorang wanita berusia 59 tahun. Semua mangsa dibawa keluar menggunakan kenderaan GS Kargo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibawa ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Kampung Muhamad Amin, Simpang Renggam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan bot IPD Kluang dianggotai lima pegawai rendah ditubuhkan khusus bagi membantu dan memindahkan mangsa banjir di daerah itu sekiranya dilanda bencana berkenaan.

Pasukan itu diletakkan dalam keadaan siap siaga terutama ketika musim pertukaran monsun yang berkemungkinan menyebabkan beberapa kawasan rendah yang telah dikenal pasti sering dinaiki air apabila hujan berterusan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini