Tumpuan :
Nasional

Polis Kluang lupus pelbagai barang kes RM114,500.

Foto ihsan PDRM daerah Kluang

KLUANG: Polis Kluang melupuskan pelbagai barangan kes jenayah sepanjang 2015 hingga 2018 bernilai RM114,500 di sebuah kilang kelapa sawit, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Bahrin Mohd Noh berkata, semua barangan berkenaan dilupuskan selepas mendapat kelulusan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Foto ihsan PDRM daerah Kluang

“Antara barangan yang dilupuskan termasuklah 21,573 karton rokok putih dianggarkan bernilai lebih RM107,800 dan 294 tin arak pelbagai jenama bernilai RM1,470” katanya.

Turut dilupuskan pelbagai barangan elektronik termasuk 33  telefon bimbit dan  220  komputer riba.

Loading...
Terkini