SELAYANG: Kira-kira 100 orang berkumpul berhampiran laluan masuk utama bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang, di sini dipercayai bagi memberi sokongan moral kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa, hari ini.
Kelihatan mereka menunggu dalam keadaan aman bagi menunggu proses pendakwaan ke atas Muhammad Sanusi selesai.
Turut hadir memberi sokongan adalah Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abdul Ghani Ahmad, Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.
Artikel berkaitan : Sanusi mengaku tidak bersalah
Dalam pada itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan kawalan di sekitar bangunan mahkamah dengan menempatkan beberapa elemen pasukan termasuk polis trafik dan Pasukan Gerakan Am (PGA) lengkap dengan senjata raifal membuat kawalan di lokasi.
PDRM turut melakukan pemantauan di lokasi menggunakan dron oleh Unit Dron PDRM.
Artikel berkaitan : MB Kedah ditahan polis