comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis kesan waris mayat lelaki ditemui di Tanjung Aru

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui di tapak lama perkhemahan Pantai 2, Tanjung Aru, di sini, Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, hasil pemeriksaan tiada pengenalan diri.

“Pemeriksaan polis juga mendapati tiada sebarang kesan pergelutan atau tanda-tanda jenayah berlaku.

“Bagaimanapun hasil semakan padanan cap jari didapati mangsa bernama Juani Wasi dengan nombor kad pengenalan 840831125851,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Justeru Polis Kota Kinabalu memohon kerjasama orang ramai yang mengenali penama untuk menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Mohd Sukur Mahmud di talian 019-5637151.

Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Loading...
Terkini