Tumpuan :
Nasional

Polis kesan pemandu kereta pandu secara melulu di Batu Pahat

Tangkap layar video tular menunjukkan kereta Mercedes Benz yang dipandu melulu dan hampir meragut nyawa pengguna jalan lain. – Foto tular

BATU PAHAT: Polis giat mengesan pemandu Mercedes Benz yang memandu secara melulu dan berbahaya di Jalan Sri Bengkal-Parit Yaani, di sini.

Video pemandu itu yang memotong kenderaan lain hingga hampir meragut nyawa pengguna jalan raya turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan video tular itu semalam.

Ia menunjukkan kereta mewah terbabit dipandu secara melulu sehingga hampir bertembung dengan kereta datang dari arah hadapan.

“Susulan video itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini