comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis keluar saman terhadap konvoi ‘supercar’

PETALING JAYA: Polis telah memanggil pemilik sebuah akaun media sosial susulan tular satu rakaman video memaparkan konvoi kereta ‘supercar’ dan menyebabkan halangan di Lebuhraya Elite.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya turut mengeluarkan saman kerana kesalahan halangan lalulintas.

Tambah beliau, pihaknya mengesan video berdurasi 49 saat itu tular di media sosial pada 2 Julai lalu.

PDRM menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalulintas untuk mengelakkan kemalangan, kesesakan dan kesusahan yang tidak sepatutnya kepada pengguna lain.

Sebarang ketidakpatuhan boleh mengakibatkan tindakan diambil dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

Loading...
Terkini