Tumpuan :
Nasional

Polis Kedah terima 23 laporan terhadap Lim Guan Eng

FOTO: NSTP

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Polis Kedah menerima 23 laporan terhadap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng kerana dipercayai menyentuh isu 3R iaitu Bangsa (Race), Agama (Religion) dan Raja (Royalty).

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM Kedah sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu sensitiviti 3R ini khususnya yang ditularkan media sosial kerana ianya boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negeri ini.”

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan memainkan isu ini sehingga menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat. PDRM Kedah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang mengambil kesempatan ke atas isu ini. ”

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), pihak polis katanya memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhl undang-undang, agar proses pilihan raya berjalan lancar dan keamanan negeri Kedah dapat dikekalkan.

Loading...
Terkini