Tumpuan :
Nasional

Polis jejak lelaki terlibat rompakan bersenjata

KOTA BHARU: Polis memburu seorang lelaki tempatan disyaki terbabit dalam rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Pusu, Melor, di sini 9 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek mengacukan objek menyerupai pistol ke arah mangsa yang berada di kaunter kedai runcit berkenaan sambil memintanya menyerahkan wang.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati suspek berusia 40-an, berketinggian kira-kira 152 sentimeter dan bertubuh kurus.

“Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 10 Disember lepas dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

“Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Rabiatul Nabilah Rebinor di talian 017-8772106 atau 09-7752200,” katanya dalam kenyataan hari ini. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini