comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis JBS guna bas halang kumpulan samseng jalan raya

JOHOR BAHRU: Polis menggunakan dua buah bas bagi menghalang kumpulan samseng jalan raya daripada melarikan diri dalam operasi khas bersepadu membanteras samseng jalanan di jalan pantai Skudai Pantai Lido yang berkahir awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, tindakan itu membuahkan hasil apabila 286 individu bersama 257 buah kenderaan telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu sebanyak 115 motosikal telah disita di bawah seksyen 64, Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 bagi pemeriksaan lanjut” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, oerasi dua hari bermula jam 5 petang hingga 1 pagi membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi.

FOTO: Ihsan PDRM JBS

Ujarnya, sebanyak 153 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan termasuk tidak mempunyai lesen memandu, ubahsuai struktur kenderaan dan pelbagai kesalahan lain.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah mengeluarkan saman 54 kompoun mengikut seksyen akta pengangkutan jalan 1987 atas pelbagai kesalahan.

Manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 46 saman kompoun dan 52 notis arah periksa terhadap individu yang menunggang motosikal yang mengeluarkan bunyi melebihi paras yang ditetapkan.

‘Kita juga menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun ditahan kerana  positif dadah jenis metahamphetamine setelah menjalani ujian saringan air kencing. kesalahan  disiasat di bawah seksyen 15(1)(a) akta dadah berbahaya 1952″ tambahnya .

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM5,000.00 serta menjalani pengawasan polis selama dua  tahun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan dan lumba  haram boleh menghubungi hotline IPD Johor Bahru Selatan (JBS) di talian 07-218 2222.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini