comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis jamin siasatan telus kes dakwaan serangan babit kerabat Diraja

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman. FOTO: NSTP

KUANTAN: Polis memberi jaminan siasatan telus membabitkan dakwaan seorang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sini, pada Jun lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu secara menyeluruh dan memperhalusi kertas siasatan seperti yang diarahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

“Siasatan adalah telus dan tiada penangguhan. Kami sebelum ini sudah menghantar kertas siasatan tetapi dikembalikan untuk siasatan lanjut.

“Kami sedang melakukan apa yang perlu dan proses akan disegerakan sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebuah portal secara dalam talian melaporkan seorang lelaki yang juga pekerja pembinaan dan penyelenggaraan, mendakwa diserang sekumpulan individu termasuk seorang kerabat Diraja Pahang.

Akibat serangan itu, mangsa dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

Berikutan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan polis menjalankan siasatan segera, telus dan adil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini