Oleh: Ing Boon Seng
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan lakaran wajah suspek kes simbah asid terhadap pemain pasukan Selangor FC, Faisal Halim.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata anggaran umur suspek ialah 30 tahun dengan ketinggian 165 sentimeter.
Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan suspek juga mempunyai susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu seperti lakaran diminta menghubungi pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D6), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Inspektor M.Jagachandran di talian 012-6848166 / 03-2266 6071 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan.
Dalam kejadian 5 Mei lalu, Faisal cedera disimbah asid ketika berada di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.
Dua lelaki bermotosikal dikatakan menghampirinya sebelum bertindak menyimbah asid.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Faisal makan sendiri seperti biasa, diet tinggi protein jadi keutamaan – Dr Hazwan
- Simbah asid: Polis dapat cap jari, suspek ada sentuh beberapa kawasan
- Suspek kedua kes simbah asid Faisal Halim direman lima hari – KP Selangor
- Kes simbah asid Faisal Halim: Polis tahan lelaki warga tempatan bantu siasatan
- Simbah asid: Faisal alami kelecuran tahap dua
- Keadaan lecur Faisal pada tahap empat – FAS
- ‘Solidariti buat Faisal Halim’ dilancar Selangor FC
- Selangor sedia bantu keperluan tambahan perubatan Faisal Halim – MB
- Faisal cedera disimbah asid di pusat membeli belah
- [VIDEO] Faisal sudah berjalan sendiri ke tandas, luah mahu segera pulang – SFC
- Faisal Halim tidak terima pelawat, dipantau rapi selepas pembedahan ketiga – EXCO
- Keluarga Faisal Halim terima sumbangan dari Pulau Pinang