Tumpuan :
Nasional

Polis ditemukan mati di dalam rumah

Foto hiasan

IPOH: Seorang anggota polis ditemukan dalam keadaan lehernya tergantung di sebuah premis rumah di Pekan Bharu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat mangsa dijumpai orang awam yang kemudiannya menghubungi polis pada 2.15 petang.

Katanya, lelaki berusia 26 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di premis terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas mangsa di tempat kejadian bagaimanapun mendapati tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa, sekali gus menafikan sebarang unsur perbuatan jenayah.

Menurutnya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 6 petang semalam dengan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan tekanan pada leher disebabkan tergantung.

Abang Zainal Abidin berkata, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping itu dipercayai mengalami masalah kemurungan.

Beliau berkata, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini