comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis cari saksi kemalangan sebabkan penunggang motosikal maut

Motosikal mangsa kemalangan di Lebuhraya Cheras Kajang. – FOTO: PDRM

KAJANG: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan di Lebuhraya Cheras-Kajang, 12 Oktober lalu yang mengorbankan penunggang motosikal untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 5.55 pagi mengorbankan lelaki tempatan berusia 53 tahun.

“Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal terbabit kemalangan dengan lori yang mana nombor pendaftarannya tidak dapat dikenal pasti.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman kamera papan pemuka kejadian itu supaya menghubungi balai berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Narol Hisham Endi di talian 0195897115.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini