comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis cari pencuri ‘parcel’

Foto tular / Ihsan TikTok knaidu553

JOHOR BAHRU: Polis sedang giat mengesan individu yang disyaki terbabit dalam insiden mencuri bungkusan atau parcel dari sebuah rumah dekat Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini.

Menerusi satu kenyataan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan pihaknya menerima laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 59 tahun berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Khamis lalu, jam 3.49 petang di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini.

“Kita sedang giat mengesan suspek yang terbabit,” katanya.

Terdahulu kata Mohd Sohaimi pihaknya mengesan satu video berdurasi 41 saat yang tular di media sosial memaparkan kejadian mencuri bungkusan yang diletakkan di tembok pagar rumah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Mohd Afzan Musa di talian 016-2956969 atau 07-3864222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini