comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis cari pemilik kereta ada vest polis

Gambar yang tular di media sosial.

IPOH: Polis meminta individu untuk tampil membantu siasatan susulan rakaman gambar kereta mengandungi vest polis yang menghalang lalu lintas di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini.

Gambar kereta jenis Proton Saga itu tular di Twitter selepas diparkir secara berlapis hingga menghalang lalu lintas, malah mendapat pelbagai reaksi warganet berikutan vest polis yang diletakkan di atas papan pemuka.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemilik akaun Twitter yang memuat naik gambar itu boleh menghubungi Deputi Superintendan Koo Boon Kuat di talian 016-4173222.

Beliau meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu hingga menjejaskan siasatan mahupun menggugat reputasi Polis Diraja Malaysia.

Hantaran itu sudah diulang ciap lebih 2,900 dan lebih 749,000 tontonan sejak dimuat naik semalam. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini