BUTTERWORTH: Polis sedang mengesan pemandu BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Bagan Ajam, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati alamat pemandu berkenaan dikesan di Perak dan Johor.
“Siasatan sedang dijalankan yang mana kita meminta bantuan polis Perak dan Johor untuk mengesan pemandu terbabit,” katanya.
Terdahulu tular dua video rakaman papar kereta (dashcam) di media sosial berdurasi 20 dan 21 saat memaparkan insiden langgar lari berkenaan jam 8.44 pagi.
Menerusi video berkenaan mendapati wanita yang menunggang sebuah motosikal terjatuh selepas dilanggar pemandu sebuah BMW berwarna putih yang kemudian melarikan diri.
Difahamkan, wanita itu cedera kaki dan rahang sehingga memerlukan beberapa jahitan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.