comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis cari kereta mewah langgar lari anggota URB

Tangkap layar video tular dari papan pemuka sebuah kenderaan.

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu kereta mewah yang disyaki melanggar lari seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Jalan Gombak, di ibu negara, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, setakat ini pemandu terbabit belum tampil membuat laporan.

“Anggota URB yang terbabit dalam kemalangan ini mengalami luka di bahagian siku.

“Sehingga kini pemandu kenderaan terbabit masih gagal membuat laporan polis dan pihak polis sedang mengesan kenderaan dan pemandu berkenaan.” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, alamat mengikut rekod kereta tersebut adalah di Pulai Johor dan apabila pemeriksaan dijalankan kediaman tersebut didapati kosong.

Siasatan masih dijalankan dibawah sek 42 (1) APJ 1987.

Terdahulu, tular di media sosial, video papan pemuka dari sebuah kenderaan berdurasi 44 saat memaparkan rakaman sebuah kereta mewah berwarna putih yang secara mengejut membelok ke kanan dan menyebabkan anggota URB yang berada di belakang kenderaan tersebut melanggar dan terjatuh, sebelum memecut melarikan diri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini