comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis cari ‘Acok Kepala’ bantu siasatan kes gaduh

LAHAD DATU: Polis giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dengan pergaduhan di Jalan Bypass, di sini, Ahad lalu.

Suspek dikenali sebagai Acok Kepala, 30-an, tidak mempunyai dokumen diri beralamat di Kampung Pisang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lanjut berhubung suspek terbabit untuk tampil membantu siasatan.

“Buat masa ini, pasukan polis sedang mengesan suspek terbabit.

“Orang ramai boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes Sarjan Fitzeraldfield Anak Sudy di talian 089-881255 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu memiliki senjata-senjata maut dalam rusuhan.

Terdahulu, tular satu video di media sosial berdurasi 10 saat memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Jalan Bypass, pada 3 November lalu.

Pergaduhan itu dipercayai berpunca perasaan tidak puas hati dengan kemalangan yang berlaku sehingga tercetus pergaduhan antara mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini