Polis sedang mengesan seorang wanita yang mengasari seorang bayi seperti dalam video yang tular sejak semalam. pic.twitter.com/Fe3CVCW1Ne
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 16, 2023
ISKANDAR PUTERI: Polis sedang mengesan seorang wanita yang mengasari seorang bayi seperti dalam video yang tular sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin dalam kenyataannya mengesahkan menerima laporan berhubung kes dera itu yang dipercayai berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, di sini.
Menerusi video berkenaan, wanita itu dilihat berulang kali meniup hidung bayi berkenaan berkali-kali menyebabkan bayi terbabit menangis.
Video berdurasi kurang seminit itu juga memaparkan tindakan wanita itu menekap muka, memukul dan menggoncang kepala bayi berkenaan ke tilam.