comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis beku 96 akaun GISBH bernilai RM581,000, empat lagi telah ditutup

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 96 akaun milik syarikat terlibat eksploitasi kanak-kanak, Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dibekukan membabitkan aset bernilai lebih RM581,000.

Ketua Polis Negara , Tan Sri Razarudin Husain berkata, RM 581,552.31 dibekukan di bawah Seksyen 44 (1) AMLATFPUAA 2021 dan sebanyak empat akaun telah ditutup.

“Selain itu, polis turut menyita lapan buah kenderaan,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), hari ini.

Menurut Razarudin, tiga kertas siasatan juga akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan selanjutnya.

Dua daripadanya disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, manakala satu lagi di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Sebanyak 33 kertas siasatan dibuka sehingga kini membabitkan Op Global Fasa 1 dan Fasa 2 dan seramai 740 individu telah dirakam percakapan.

“Seramai 155 suspek di Selangor akan tamat reman hari ini, selain dua lagi suspek di Nilai, Negeri Sembilan. Polis akan mohon sambungan reman ke atas semua suspek bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Dua suspek di Seremban, Negeri Sembilan telah disambung reman bermula 15 September hingga 21 September ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini