comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis ambil keterangan pemandu tertanggal ekor treler

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan pemandu treler bagi membantu siasatan kejadian ekor treler tertanggal di Lebuhraya Lembah Klang (NKVE).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian berlaku pada Khamis lalu.

“Punca kejadian kini masih dalam siasatan, polis sudah mengambil keterangan pemandu treler berkenaan.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman. Kes disiasat Mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 17 saat memaparkan bahagian belakang treler tertanggal dari kepala lori di lebuh raya berkenaan.

Kejadian itu dirakam kamera papan pemuka milik kenderaan lain yang melalui jalan yang sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini