KUALA LUMPUR: Polis akan merakam percakapan individu dikenali Mr H petang ini, bagi membantu siasatan kes panggilan video lucah tular yang dikaitkan dengan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan pembantu pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata keterangan Mr H akan diambil di Balai Polis Presint 11, Putrajaya, jam 5.30 petang.
Kelmarin, Mohammad Agus mendedahkan identiti ‘Mr H’ dalam keterangannya kepada polis.
Sementara itu, Razarudin berkata, polis tidak menerima laporan daripada Abdul Wahab.
“Setakat jam 2 petang hari ini, tiada laporan polis yang diterima daripada Abdul Wahab.
“Seramai tiga saksi sudah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa saksi lain akan diambil keterangan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan,” katanya pada BH, hari ini.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Peguam dedah Wahab belum beri keterangan kerana faktor keselamatan
- Video tular dikaitkan Dr Agus disiasat polis
- Video saya berbual dengan Wahab disunting – Agus
- ‘Saya bukan Mr H’ – Hakim
- Video Agus-Wahab: Polis siasat identiti ‘Mr H’
- Agus, Wahab akan dipanggil semula beri keterangan
- Agus akan dirakam keterangan di Bukit Aman esok – KPN
- Agus dirakam keterangan petang ini – KPN
- Mohammad Agus dedah identiti Mr H