comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Akan Panggil Fahmi Reza Minggu Depan

Pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza

Polis akan memanggil pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza minggu depan berkenaan poster Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, yang dimuat naik di laman sosialnya, baru-baru ini.

Poster berkenaan disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah memanggil beberapa individu sebelum ini untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kita akan memanggil suspek utama dalam kes ini untuk memberi keterangan,” katanya pada sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd Ariff Abdul Majid telah membuat laporan polis 17 Jun lepas, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar berhubung poster berkenaan.

Mohd Ariff dilaporkan berkata, poster yang dimuat naik Fahmi Reza itu menjadi tular dan telah mengundang kecaman daripada pengguna media sosial yang lain.

Loading...
Terkini