![](https://media.buletintv3.my/2025/02/TUMBANG.jpg)
JOHOR BAHRU: 15 kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap pokok angsana di Jalan Kuning, Taman Pelangi di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, kejadian berlaku berpunca daripada hujan lebat beserta ribut kira-kira sejam.
Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.04 petang.
Katanya, seramai 10 anggota dan dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati dua premis perniagaan dan 15 buah kenderaan rosak dihempap pokok tumbang berkenaan.
“Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.