comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pokok tumbang di Kampung Baru

FOTO: JBPM

KUALA LUMPUR: Sebatang pokok tumbang di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, hari ini, menyebabkan beberapa struktur di lokasi terbabit rosak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.38 petang tadi.

@buletintv3 Kejadian pokok tumbang di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, KL, menyebabkan beberapa struktur di lokasi terbabit rosak. Berita lanjut menyusul. #BuletinTV3 #beritaditiktok #PokokTumbang #kampungbarukl ♬ original sound – BuletinTV3

“Seramai lima anggota bersama satu jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat pokok tumbang di lokasi berkenaan, namun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di dalam kawasan persendirian.

“Pemilik kawasan terbabit memaklumkan pihaknya menggunakan khidmat kontraktor luar untuk melakukan kerja pembersihan pokok tumbang berkenaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini