comscore
Tumpuan :
Nasional

Pokok tumbang: Bedah siasat dua beranak warga China bermula pagi tadi

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Proses bedah siasat dua beranak warga China yang maut dalam kejadian pokok tumbang menghempap kenderaan di George Town, Pulau pinang semalam, telah bermula pada pagi tadi.

Konsulat Besar China di Pulau Pinang juga telah dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritenden Lee Swee Sake berkata, proses bedah siasat dimulakan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), pagi tadi.

“Kedutaan China di Pulau Pinang telah dimaklumkan akan menguruskan penerimaan mayat dan proses penghantaran ke negara asal.

“Waris mangsa juga telah dimaklumkan,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Tinjauan di Jabatan Forensik HPP mendapati belum ada wakil konsulat mahupun ahli keluarga mangsa yang hadir.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, pokok tumbang menghempap tiga kenderaan di Lebuh Gereja, di sini.

Dua mangsa pelancong China, lelaki berusia 69 tahun dan anak perempuannya berusia 36 tahun berada dalam kenderaan SUV maut di tempat kejadian.

Manakala, pemandu wanita warga tempatan terselamat dengan kecederaan ringan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini