Tumpuan :
Nasional

Pokok Sena kekal catat cuaca panas tahap 2; kawasan cuaca tahap 1 meningkat

PETALING JAYA: Daerah Pokok Sena di Kedah kekal mencatat cuaca panas tahap 2 atau amaran gelombang haba.

Ia berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkenaan status cuaca panas pada jam 4.50 petang tadi.

Menurut METMalaysia, cuaca panas tahap 2 atau amaran gelombang haba ialah apabila sesuatu kawasan itu mencatat suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Di kawasan lain, jumlah kawasan yang merekodkan amaran cuaca tahap 1 atau berjaga-jaga bertambah kepada 23 berbanding 19 kawasan semalam.

Kawasan terlibat ialah seluruh Perlis, 8 kawasan di Kedah; 6 di Perak; 3 di Pulau Pinang; 2 di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Jumlah kawasan yang direkodkan mencatat bacaan suhu harian 35 hingga 37 darjah celsius terus meningkat kepada 23 hari ini.

Di Sabah, kawasan terlibat ialah di Beaufort, manakala di Sarawak, kawasan yang mencatat cuaca tahap 1 ialah di Limbang.

i Sabah dan Sarawak merekodkan cuaca panas tahap satu iaitu Beaufort, Sabah selain Limbang di Sarawak.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini