comscore
Tumpuan :
Nasional

Pokok besar tumbang sekat laluan Jalan CY Choy

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Pokok besar tumbang akibat hujan lebat dan ribut di Jalan CY Choy, di sini, malam ini.

Menurut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kejadian itu menyebabkan laluan kenderaan di laluan itu terhalang sepenuhnya.

“Pada jam 8.30 malam telah dilaporkan berlaku insiden pokok besar tumbang di Jalan CY Choy yang mengakibatkan laluan tersebut terhalang.

“Petugas ‘hotline’ telah menyalurkan aduan tersebut kepada Pasukan Skuad Pantas MBPP dan akan dikerahkan ke tapak untuk tindakan serta-merta bagi mengalih halangan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ia juga menasihatkan orang awam untuk memilih laluan alternatif dan peka dengan keadaan lalu lintas terkini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini