comscore
Tumpuan :
Nasional

PN tolak draf MoU peruntukan pembangkang

Datuk Seri Hamzah Zainudin

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan penolakan mereka terhadap draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada pembangkang yang dikemukakan kerajaan.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, keputusan menolak MoU itu dibuat secara sebulat suara berdasarkan empat sebab asas.

Antaranya pembangkang mendakwa draf MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Perikatan Nasional telah menerima dua set draf cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional, iaitu di antara Kerajaan Malaysia dan parti Perikatan Nasional serta di antara Kerajaan Malaysia dengan kesemua Ahli Parlimen Perikatan Nasional.

“Kami membuat ketetapan sebulat suara menolak MoU tersebut atas empat sebab fundamental (asas).

“Draf MoU tersebut mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, nilai budaya, nilai moral, agama serta nilai-nilai tempatan”.

“Draf MoU tersebut juga tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan ini boleh membuka ruang kepada berlakunya apa-apa pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata syarat dalam draf MoU terbabit bertujuan memastikan kestabilan politik dalam negara tercapai .

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini