ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) mendahului di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, lapan kerusi itu membabitkan DUN Merbau Pulas, Kuala Nerang, Gurun, Jitra, Alor Mengkudu dan Bukit Kayu Hitam, Sungai Limau dan Derga.
Keputusan itu menyaksikan beberapa nama besar tumbang termasuk Datuk Mahfuz Omar dan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahfuz tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Muhamad Radhi Mat Din di DUN Alor Mengkudu, manakala Mahdzir tewas kepada Mohd Radzi Md Amin yang juga calon PN di DUN Pedu.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, yakin PN akan memenangi 33 kerusi DUN dalam PRN kali ini.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) PN berkata, ramalan itu berdasarkan sokongan kuat kepada gabungan politik itu yang disertai PAS, BERSATU dan GERAKAN sepanjang tempoh 12 hari kempen.
Sebelum ini, PN menguasai 20 kerusi DUN iaitu 14 melalui PAS dan enam milik BERSATU.
PH pula dengan 10 kerusi iaitu masing-masing empat milik PKR dan AMANAH selain dua DAP.
UMNO dan PEJUANG pula menguasai masing-masing dua kerusi.
Baki dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun daripada PKR, Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Disember tahun lalu selepas dilantik Yang Dipertua Dewan Rakyat
Manakala ADUN Belantek daripada PAS, Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lalu.