Tumpuan :
Nasional

PM zahir keprihatinan, kerjamasa erat Persekutuan dan Negeri tangani banjir Sabah

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meninjau dan melawat mangsa banjir di Dewan Datuk Seri Panglima (DSP) Mohd Dun Banir bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Oleh: Safwan Sawi

BEAUFORT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih serta keprihatinan terhadap rakyat yang ditimpa musibah banjir di Sabah, kata wakilnya yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Sambil menyifatkan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Shamsul berkata, masalah banjir di negeri itu juga diharap dapat ditangani dengan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah.

“Saya menyampaikan ucapan sedih Perdana Menteri, keprihatinan beliau terhadap keadaan banjir di Sabah saya percaya seperti yang dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kerjasama erat dengan Persekutuan tentunya kita akan mencari jalan bagaimana untuk menangani masalah banjir di kawasan ini,

“Paling penting pasca banjir saya ambil kesempatan menyeru semua agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk membantulah yang selepas banjir rumah mereka perlu dibantu membersihakan apatah lagi nak Hari Raya dan sebagainya perkara ini menuntut kita untuk bekerja dengan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau dan melawat mangsa banjir di Dewan Datuk Seri Panglima (DSP) Mohd Dun Banir bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Lawatan mewakili Perdana Menteri itu, seterusnya bergerak ke beberapa rumah terjejas di sekitar daerah Beaufort dan Membakut iaitu antaranya di Kampung Melati, Kampung Kelabu dan Kampung Brunei.

Sementera itu Shamsul turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pemimpin tempatan serta agensi berkaitan Persekutuan dan Negeri dalam mengendalikan situasi semasa banjir di Sabah.

“Saya ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan turun padang membantu termasuk agensi Persekutuan dan Negeri yang mengendali keadaan banjir ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini