Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan ucapan takziah buat keluarga mendiang Tan Sri Ananda Krishnan.
Menurut beliau, sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi dan kemasyarakatan akan terus diingati.
“Saya utus takziah buat keluarga mendiang dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Berita pemergian taikun perniagaan itu pada usia 86 tahun disahkan syarikat pelaburannya, Usaha Tegas dalam satu kenyataan.
Tan Sri Ananda disenarai individu ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan mencecah lebih RM22 billion.
Mendiang mengasaskan pengendali mudah alih kedua terbesar malaysia, Maxis Berhad, serta syarikat penyiaran dan media, Astro Malaysia Holdings Berhad.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.