PARIT BUNTAR: Perdana Menteri mengumumkan kenaikan kadar subsidi harga padi daripada RM360 kepada RM500 satu tan bermula esok.
Berita gembira untuk pesawah padi itu diumum Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Perak di Dataran Kerian Permai di sini, hari ini.
Menerusi langkah itu kata beliau, pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1700 per metrik tan dan secara langsung akan meningkatkan pendapatan pesawah serta memberi motivasi kepada golongan itu untuk melonjakkan pengeluaran.
Penambahbaikan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) itu membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun.
“Kenaikan (subsidi padi) yang paling akhir adalah semasa Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dulu, 25 tahun lalu.
“Alhamdulillah kini sudah jadi Menteri Kewangan, subsidi itu naik lagi dari RM360 kepada RM500”, katanya.
Laporan lanjut menyusul.