Tumpuan :
Nasional

PM umum RM1.5 juta kemudahan surau, perumahan polis di Pulau Pinang

Kompleks perumahan polis di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Oleh: Kumaran Rajamoney

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi kerja naik taraf perumahan polis di Seberang Jaya.

Turut diumumkan, peruntukan RM500,000 bagi menaiktaraf surau di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seberang Perai Tengah, di sini.

“Saya dimaklumkan surau memerlukan beberapa kemudahan antaranya pendingin hawa (aircond). Kalau permohonan dihantar pada Isnin, Insya Allah sebelum Jumaat, saya akan luluskan setengah juta untuk surau di sini dan RM1 juta untuk perumahan polis.”

“Difahamkan perumahan polis pun banyak juga yang perlu diselenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri Program Lawatan dan Ramah mesra ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini