Tumpuan :
Nasional

PM umum berita gembira untuk rakyat jam 2 petang ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 2 petang ini bakal menjadi tumpuan  kerana dijangka membabitkan pengumuman beberapa berita baik  untuk rakyat  menjelang Aidilfitri hujung minggu ini.

Sidang media Anwar dijangka disiarkan secara langsung menerusi saluran media sosial termasuk Facebook PMO.

Perdana Menteri dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Jumaat lalu memberitahu beliau akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat, hari ini.

Pada Selasa lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter turut memaklumkan  Perdana Menteri bakal mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri .

“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” ciapnya.

Ciapan itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah berita gembira berkenaan dan ramai menjangkakan ia  berkaitan   pemberian tol percuma sempena Aidilfitri.

Loading...
Terkini